 Oleh Abd Shukur Harun
Oleh Abd Shukur Harun
Pengundi ‘atas pagar’ (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang  beberapa waktu lalu masih belu

m
 membuat keputusan, kini diberitakan  mulai menyokong Pakatan Rakyat, 
suatu tanda positif ke arah kemenangan  Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 
akan datang.
Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:
 
+
 Semakin ramainya golongan yang dikenal ‘Atas Pagar’ datang  mendengar 
ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta  ceramah jauh
 di pedalaman.   

Para
  petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal
  pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan  
pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai 
 tempat. 
 + Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti  majlis ceramah PR. 
 +  Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama
 di  pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah
 dan  sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu
 yang  berbangkit menjelang pilihan raya akan datang. 
 + 
Perbualan  rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang 
bercakap  mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan 
sebagainya.  Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut. 
 +  
Ulasan dan  pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah 
ulasan dari  pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang 
awam dari  pelbagai media alternatif. 
 Menurut pemerhati, 
perkembangan  menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 
pada 9 Julai  tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha 
menyedarkan orang  ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah 
pilihan raya yang bebas  dan demokratik. 
 Kehadiran Sasterawan 
Negara A. Samad Said di  Himpunan Bersih 2.0  itu sangat memberi kesan 
kepada anak muda untuk  menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau 
menjadi ikon yang sangat  berpengaruh kepada anak muda.  

Sejak
  Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama 
 ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai  
memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah,  
penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara
  besar-besaran di tanah air.  
 Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat 
 sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa  
himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan ‘takut’ rakyat untuk  
menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi 
 kesannya meluas. 
 Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi  
bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan  
maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu  
Kota. 
 Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang  
menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan ‘atas  
pagar’ dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk
  memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam  melaksanakan hak  
mereka jika menang dalam PRU Ke-13. 
 Sementara itu, kenaikan 
harga  barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi 
dan  ‘mencengkam’ golongan berpendapatan rendah dan sederhana 
menyebabkan  sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan
 apapun yang  berlaku,  mulai kritikal terhadap parti yang memerintah. 
 Memanglah  pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang 
berpendapatan RM3,000  ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama
 kepada penduduk luar  bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai 
erti berbanding dengan  kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga
 ikan, minyak, beras,  gula dan tol. 
 Golongan ‘atas pagar’ 
muncul kerana rakyat  menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – 
politik, ekonomi, sosial –  disebabkan penyelewengan, rasuah, 
manipulasi, pemborosan dan pelbagai  lagi. Rakyat bosan dengan 
kepincangan yang berlaku ini.  
 Sementara  itu, semakin dekat 
dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan  berlaku – gangguan 
kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta,  ancaman, 
pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat  pembangkang dan 
pelbagai lagi.   

Semua
  kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik  
menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan  
keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana  
parti politik telah memihak kepada pembangkang. 
 Sementara itu  
pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan  
‘Buku Jingga’ yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada  
rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku ‘Negara  
Berkebajikan’ yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam  
kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan ‘Buku Jingga’. 
 Menurut 
 tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum 
disebarluaskan  secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak 
kawasan pilihan  raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada 
dua buku  tersebut. 
 Apabila golongan ‘Poros Tiga’ ini 
didedahkan secara  terperinci akan isi dua buku penting  ini, saya fikir
 golongan ini,  dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat 
dalam PRU Ke-13  nanti. 
 Oleh itu, jika pengundi golongan muda 
dan golongan ‘atas  pagar’ ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, 
maka saya percaya,  Insya-Allah, jalan ‘menuju ke Putrajaya’ akan lebih 
mudah. 
 Oleh  itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua 
golongan ini, di samping  tidak melupakan pengundi biasa dan luar 
bandar. Jika pilihan raya  berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang 
dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu  memanfaatkan masa yang singkat ini 
sebaik-baiknya.